Kelas Asas ICT – Mengenal Komponen Komputer

28 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Mac 2024, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT – Mengenal Komponen Komputer yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan asas komputer seperti komponen-komponen yang terdapat di komputer dan juga fungsi kepada setiap komponen yang terdapat di komputer. Pada akhir sesi kelas tersebut, peserta telah membuat kuiz dengan menggunakan laman sesawang Wordwall.com bagi mengasah lagi pemahaman para peserta terhadap komponen komputer.

Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan semoga lebih banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali